Wednesday, 28 December 2011

Baik Hati???

You are not alone


Pernahkah anda mengenali seseorang yang sangat pemurah dan baik hati? Adakah anda mempunyai kawan atau teman yang terlalu mengambil berat terhadap anda sampaikan kadang2 anda berasa rimas dengan kelakuannya? Adakah anda berasa segan dan terhutang budi terhadap segala perbuatan baiknya? Saya pernah mengalami situasi di mana seorang teman rapat saya mengadu bahawa dia sangat rimas dengan kelakuan saya. Dia rimas apabila sy sering melawatnya di rumahnya & kadang2 sy akan bermalam di rumahnya utk menemaninya sepanjang malam. A/bila sy mengingatinya, sy selalu datang mengejut ke rumahnya & membawa sedikit buah tangan spt makanan atau small gift. Pada mulanya, teman sy ini berasa senang dengan kelakuan sy namun lama-kelamaan, dia berasa kurang selesa a/bila sy kerap kali memberi kpdnya namun sy sering menolak pemberiannya. Dia berasa terhutang budi & dia berasa hairan dgn kelakuan sy. Janganlah hairan dengan segala perbuatan baik itu kerna ada satu firman sy pegang selama ini iaitu; Matius 7:12 "Segala sesuatu yang kamu kehendaki supaya org perbuat kepadamu, perbuatlah demikian juga kepada mereka. Itulah isi seluruh hukum Taurat & kitab para nabi." Secara peribadi, sy sangat senang sekiranya ada teman yang mengambil berat terhadap sy & sering mengunjungi tempat sy. Sy sangat senang a/bila ada teman yg sering mengingati sy & sudi utk menemani sy sepanjang malam krna sy dapat merasakan bhwa dia mengasihi sy. Sy jg sangat suka utk membuat kejutan kepada org lain dengan memberikan mereka small gift wlupun bukan pada hari lahir mereka. Sy sangat mengambil berat terhadap org disekeliling sy krna sy tau bagaimana rasanya a/bila berasa terasing atau kesepian & sy tidak mahu org diskeliling sy merasai perasaan itu. Oleh itu, janganlah hairan a/bila ada org yang sangat baik & mengambil berat terhadap anda krna firman Tuhan mengatakan dlm Lukas 6:31 "Dan sebagaimana kamu kehendaki supaya org perbuat kepadamu, perbuatlah juga demikian kpd mereka." Tuhan Yesus menyertai.. ^_^

Monday, 26 September 2011

"Bersyukur"....

Shallom! Syukur kpd Allah Bapa krna skali lagi tlah memberikan sy kesempatan utk update blog ini. "Syukur"...seberapa kerap kali kita mengucap syukur dlm khidupan seharian kita? sekali sehari iaitu selepas bgun tidur? 3 kali sehari iaitu stiap kali sblum makan? ataupun kita tidak pernah mengucap syukur dan berterima kasih kpd Bapa di atas smua keberhasilan kita? Terdapat ramai yg masih tidak percaya kewujudan Tuhan dan masih mempersoalknnya. Ramai yg masih percaya kpd "nasib". Sekiranya tidak ada keberhasilan, org akan menganggap diri mereka punya nasib yg buruk. Tetapi tahukah saudara dan saudari bahawa anda hidup pada hari ini bukanlah kerana "nasib" anda yg baik tetapi smuanya krna kasih karunia Tuhan. Anda selamat lahir sebagai manusia yg sempurna krna Dia telah menenun anda dlm rahim ibumu. Anda punya makanan, pakaian, tempat tinggal, pelajaran, pekerjaan yg baik, keluarga yg mengasihi anda, teman2 terdekat, semua itu telah disediakn oleh Bapa kpdmu. Tetapi pernahkah anda berasa bersyukur dan beterima kasih kpd Bapa di Syurga? Anda punya kesempatan utk hidup pada hari ini kerna Bapa punya rancangan yg indah buat anda. Sudahkah anda mengucap syukur dan berterima kasih kpd Bapa pd hari ini? sekiranya belum, ambil peluang ini utk berbicara kpdNya utk mgucap syukur kpdNya. Dia sangat merindukan suaramu sebagai anakNya... Tuhan Yesus memberkati...^^

Sunday, 4 September 2011

Me is AlphaEsah...

Hello,salam kenal buat semua...^^ Sebelum ini,sy tidak brapa gemar dlm penulisan blog dan tdk pernah terlintas di fikiran sy utk terlibat dlm penulisan blog. Tapi sebentar td, hati sy terdetik utk mencuba sesuatu yg baru spt melibatkn diri dlm penulisan blog. Jadi, sy ikut saja apa kata hati sy. Sy percaya mgkin sy boleh mendorong saudara dan saudari dgn kesaksian2 dlm hidup sy. Buat masa ini, biarkn sy menyelongkar sedikit latar belakang sy. Diberi nama sbg Alpha Esah dan telah hidup di dunia ini oleh kasih karunia Tuhan selama lebih 21 tahun. Dilahirkan sbg seorang anak yg agak pendiam dlm keluarga kecil. Punya 4 org adik-beradik dan merupakan anak yg ke-3. Punya 2 org kakak, dan seorang adik lelaki. Masih lagi menyambung pelajaran tapi masih lagi bercuti pada saat ini dan akan melangkah masuk ke kampus pada minggu hadapan. hmm...rasanya ini sahaja yg dpt sy kongsikan dgn saudara dan saudari pada saat ini. Sekiranya ada kesempatan lagi,sy akan berkongsi dgn saudara dan saudari ttg kesaksian hidup sy. trima ksh semua...JLU...^^